Tuesday, 1 September 2020

Field Services Experience

Pengalaman sebagai Job Manager di Maintenance Services Unit, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO) - tahun 2008 hingga 2013

Job Manager / Pengurus Projek merujuk kepada seseorang yang ditugaskan untuk mengurus sesuatu projek yang ditugaskan. Projek pula merangkumi pelbagai skop dan kategori seperti skop mekanikal, civil, elektrik, instrument dan sebagainya di dalam pelbagai bidang industry.

TNB REMACO merupakan anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Awalnya ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan senggaraan di stesen-stesen janakuasa milik TNB. Kemudiannya bisnes yang berasaskan "non-regulated business" ini berkembang seiring dengan kepakaran yang dimiliki oleh pekerja TNB REMACO di dalam menyediakan perkhidmatan yang merangkumi maintenance services, testing services, operation & maintenance services, project services dan pelbagai lagi perkhidmatan untuk industry Utility dan Oil & Gas.

Sebelum bertugas di TNB REMACO pada tahun 2008, saya sebelumnya bertugas di Stesen Janaelektrik Sultan Ismail Paka sebagai Jurutera Senggaraan Tarbin Gas (Gas Turbine) selama 2 tahun. Stesen Janaelektrik Sultan Ismail (SJSI) merupakan Combined Cycle Power Station (CCGT Plant) terbesar di Asia Tenggara di awal pembinaannya dengan kapasiti penjanaan 1200MW.

Tugasan sebagai job manager memerlukan komitmen yang tinggi kerana perlu bergerak / outstation ke pelbagai lokasi stesen janakuasa bagi melaksanakan tugasan. Tempoh penugasan kebiasaanya seminggu sehingga lebih sebulan. Ada juga ambil masa sehingga hampir dua bulan dan lebih bergantung kepada skop kerja. Berpengalaman juga melakukan tugasan di Sarawak untuk turnaround di logi Oil & Gas di sana. 

Dalam tempoh tersebut banyak perkara dipelajari yang merangkumi pengurusan manpower, contract, consumables, tools dan equipment. Dan yang paling penting adalah untuk memastikan tugasan overhaul / rombakrawat tersebut berjalan lancar, tiada sebarang kemalangan dan siap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Juga adalah penting untuk memastikan mesin beroperasi dengan baik dan sempurna sehingga memenuhi / melangkaui expectation pelanggan. 

Antara pengalaman rombakrawat / overhaul yang dilakukan melibatkan mesin Gas Turbine GE Frame 5, GE Frame 7, GE Frame 9 (9001E, 9151, 9171),  Siemens V92.4, dan Mitsubishi Heavy Industries (MHI) 701F.


Tugasan yang dilaksanakan adalah kritikal untuk disiapkan dalam tempoh waktu yang ditetapkan memandangkan mesin (gas turbine) perlu untuk beroperasi bagi penjanaan tenaga elektrik. Kelewatan siap akan menjejaskan penjanaan tenaga elektrik sesebuah stesen dan menggangu kapasiti tenaga di dalam talian penghantaran yang dibekalkan kepada pengguna.

Dengan menjalankan tugasan sebagai field service engineer, pengalaman hands-on dapat dipertingkatkan kerana bertugas sebagai maintenance engineer sebelum ini peluang untuk hands-on agak terbatas. Sebelum menceburi field service ini, hanya mengenali gas turbine GE9001E dan ABB 13DML sahaja.

Sebelum bergerak / outstation, tugasan yang perlu dilakukan adalah membuat persiapan manpower, consumables, tools, equipment, confirmation of schedule and scope of work, mob plan, logistik, logging & accommodation, safety course, permit kerja (sekiranya diperlukan), dan beberapa perkara lain. Apabila di site, semua tanggungjawab perlaksanaan overhaul perlu dilakukan oleh job manager. Bermula dengan urusan safety briefing, projek briefing, site preparation, tools & equipment inspection, permit application dan segala dokumen inspection yang diperlukan. 



Kebiasaannya scope of work untuk gas turbine adalah combustion inspection (CI) , hot gas path inspection (HGPI) dan major inspection (MI) bergantung kepada Scheduled Inpection plan di sesebuah stesen janakuasa.

Kepada lulusan kejuruteraan yang berminat dengan Rotating Equipment, ini merupakan salah satu bidang tugasan yang menyeronokkan serta mencabar selain dapat mempelajari selok belok mesin (gas turbine) secara hands on.

No comments:

Post a Comment

Field Services Experience

Pengalaman sebagai Job Manager di Maintenance Services Unit, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO) - tahun 2008 hingga 2013 Job ...