Wednesday, 6 April 2016

Bekerja di Pakistan..

Alhamdulillah, diberi peluang untuk bertugas di luar negara iaitu di bumi Pakistan. Penugasan oleh TNB di TNB Liberty Power Limited yang terletak di Mirpur Mathelo, Sindh, Pakistan. Lokasi ini agak jauh dari bandar besar seperti Karachi, Lahore dan Islamabad. 

TNB Liberty Power Limited adalah merupakan syarikat pelaburan luar negara TNB yang beribu pejabat di Islamabad. Projek TNB LPL telah bermula pada tahun 1995 yang mana pembinaan dilaksanakan oleh Ansaldo (Italy) dan stesen telah mula beroperasi (COD-commercial operation date) pada tahun 2001 dengan tempoh PPA selama 25 tahun oleh kerajaan Pakistan.

Kapasiti penjanaan TNB LPL adalah 235MW dengan satu combined cycle unit (Gas Turbine-GT, Heat Recovery Steam Generator-HRSG dan Steam Turbine-ST). GT 155MW Ansaldo V94.2 (Siemens), HRSG (CMI Belgium) dan ST 70MW (Ansaldo).

Keseluruhan pekerja melebihi 100 orang yang terdiri dari warga tempatan dan 3 orang staff TNB yang merupakan pihak pengurusan (Plant GM, Sr Manager Maintenance dan Sr Manager Production). Penempatan atau penugasan pegawai TNB ke TNB LPL ini telah bermula sejak projek lagi sehingga kini. Telah ramai pegawai yang berkhidmat di sini menimba pengalaman dan ilmu. Rotation penugasan kebiasaannya untuk tempoh 2 tahun, namun ada sesetengah pengawai mampu untuk berkhidmat di sini melebihi tempoh tersebut sehingga lebih 5 tahun. Sungguh mencabar terutama apabila berjauhan dengan keluarga. 

Sewaktu internet dan telefon masih lagi belum di tahap sekarang, bagaimana agaknya komunikasi di antara keluarga di Malaysia. Alhamdulillah, kini komunikasi di tahap yang baik dengan internet dan telefon yang tersedia bagi memudahkan perhubungan. Kos juga jimat apabila menggunakan aplikasi telefon untuk hubungi keluarga terdekat.

TNB Liberty Power Ltd
View of Admin Building and Plant 
Berkenaan lokasi, jarak ke Karachi lebih kurang 700km ke selatan dan perlu menaiki local flight PIA (flight macam firefly) yang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Sekiranya menaiki kenderaan darat akan ambil masa lebih kurang 10 jam. Manakala untuk ke Lahore jaraknya lebih kurang 600km ke utara dan Islamabad lebih kurang 900km. Kawasan ni merupakan kawasan industri sebenarnya kerana ada kilang fertilizer (Engro & FFC), gas (Mari Gas) dan beberapa power plant terdekat (Engro Power, KPC - Kepco (Korea) O&M), Guddu Power Plant dan beberapa plant lain. 

Bandar terdekat untuk dikunjungi adalah bandar Daharki, jarak lebih kurang 5km. Bandar saiz pekan lebih kurang...boleh nak cari kain dan grocery..kedai eksklusif memang tak ada..kalau nak ke bandar besar sikit kena ke Rahim Yar Khan (120km ke utara) dan Sukkur (120km ke selatan). Kedua-dua bandar ni ada airport.


Peta Sindh Province

Suasana Rahim Yar Khan

Pengguna kereta keldai (majoriti peniaga)

Jalan sesak dengan kerbau di Sukkur

Bumi Pakistan ni antara negara yang mempunyai 4 musim. Anggaran timing musim tu bulan Nov - Feb musim sejuk, Mac - April musim bunga (ada la bunga sikit2), Mei - Julai musim panas, Ogos - Oktober musim luruh..lebih kurang macam tula.. di Mirpur Mathelo suhu boleh mencecah 4 darjah (peak winter) hujung bulan 12 dan bulan 1..


Gambar semasa musim sejuk

View cooling tower masa musim sejuk

Dalam setiap musim akan ada tanaman tertentu yang akan ditanam oleh penduduk tempatan seperti gandum (mereka pun panggil gandum), kapas (mereka pun panggil kapas) dan tebu. Oleh kerana di sini tanah pertanian amat luas, pengeluaran juga banyak sehingga boleh menyebabkan jalan utama sesak dengan traktor/pembajak yang menunda troli untuk membawa muatan ke kilang.

Permandangan Ladang kapas

Kapas yang sedia untuk dituai

Orang Pakistan memang kreatif, boleh lihat di mana sahaja ciptaan yang unik terutama kenderaan/alat pengangkutan. Mungkin sebab kekurangan/susah untuk dapat kenderaan yang ready made, jadi terciptalah idea untuk buat semua tu...

Motorsikal Trolly

Bawa hasil pertanian

Kereta keldai


Bawa ahli keluarga/rakan

Rasanya terlalu banyak pengalaman untuk dikongsi memandangkan susah nak cari blog berkaitan pengalaman bekerja atau melancong di Pakistan. Mungkin atas faktor-faktor tertentu tak ramai berminat ke sini, tetapi di sini banyak yang boleh dipelajari dan memberi keinsafan kepada kita yang berada di negara yang aman dan moden walaupun tak semoden negara eropah. yang penting kepayahan yang mereka alami/tempuhi membina jati diri mereka untuk jadi kuat, berani teroka dunia (mereka di mana-mana).




Field Services Experience

Pengalaman sebagai Job Manager di Maintenance Services Unit, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO) - tahun 2008 hingga 2013 Job ...