Sunday, 15 November 2015

Ahli keluarga yang sudi datang untuk hantar ke KLIA.

Pada 9 November 2015 bermula perjalanan ke bumi Pakistan untuk memulakan penugasan di TNB Liberty Power LTD. Stesen janakuasa thermal berkapasiti 235MW terletak di Mirpur Mathelo, Wilayah Sindh, Pakistan.

Cabaran untuk bertugas di sana bagi tempoh 2 tahun (mungkin lebih) terutama untuk berjauhan dengan keluarga. Moga-moga diberikan kekuatan, kesihatan dan kesejahteraan kepada isteri, anak-anak dan keluarga.

Lihat pada flight itinerary perjalanan mungkin mengambil masa lebih kurang 24 jam untuk sampai ke lokasi memandangkan perlu untuk transit sebanyak 2 kali dan menaiki kenderaan lebih kurang 2 jam.

Perjalanan bermula di KLIA ke Dubai dengan menaiki penerbangan Emirates. Flight dari KLIA jam 1905 Hrs dan tiba di Dubai pada jam 2230 Hrs (local time), penerbangan selama 7 Jam. Transit lebih kurang 2 jam 30 minit untuk penerbangan seterusnya ke Karachi di Terminal 3. Dalam tempoh transit tu sempat berehat di Lounge Emirates kerana penerbangan menaiki Business Class.

Emirates (Business Class)

Penerbangan ke Karachi menaiki Emirates yang dijadual pada jam 0100 Hrs pagi terpaksa ditunda kerana masalah teknikal. Mujur kerana flight delay hanya sejam dan selamat terbang ke Karachi pada jam lebih kurang 0200 pagi. Sampai di Karachi jam lebih kurang 0430 pagi, 10 November 2015.

Pertama kali menjejak kaki di bumi Pakistan dan Karachi. Flight seterusnya ke Sukkur dengan menaiki domestic flight Pakistan International Airline (PIA). Penerbangan dijadual pada jam 1100 pagi. Memandangkan masih di awal pagi, duduk menunggu di ruang menunggu sambil melihat gelagat orang Pakistan dan suasana sekeliling. Cuaca kering dengan suhu lebih kurang 24 deg rasa selesa dan badan tak berpeluh.

Check in untuk penerbangan ke Sukkur pada jam 0930 pagi dengan melalui pintu penerbangan domestic. Untuk penerbangan domestic, perlu untuk menunjukkan passport kepada pengawal di pintu masuk, kemudian scan bagasi dan ke kaunter check in. Apa yang tidak diketahui sebelum ini ialah, pihak PIA hanya membenarkan satu bagasi sahaja. Oleh kerana ada 2 bagasi yang berat, maka tak dapat nak hand carry yang satu lagi. Pihak PIA mengenakan standard charge untuk tambahan satu bagasi dengan bayaran 3500PKR (lebih kurang RM145). Tidak mengikut berat bagasi. Selesai buat bayaran di kaunter kutipan, ambil tiket dan ke balai berlepas. Sebelum masuk, kena scan lagi sekali dan menunggu di Gate 4. Jam 11 pagi menuju ke pintu berlepas. Perlu menaiki bas untuk ke lapangan penerbangan domestic.

Pertama kali menaiki pesawat ATR rasa gentar juga kerana di Malaysia tak pernah menaiki flight Firefly.

Permandangan Karachi
Pesawat selamat mendarat di Sukkur Airport pada jam 1200 tengah hari waktu tempatan (lebih kurang 3 petang waktu Malaysia). Tu dah hampir 20 jam dari masa berlepas semalam dari KLIA.

Lapangan Terbang Sukkur
Dari dalam ruang menunggu bagasi telah ternampak orang yang sedia menunggu. Pihak stesen dah arrange untuk driver datang pick up di Sukkur Airport. Selesai mengambil bagasi, seorang pegawai yang berpakaian layman sedang menunggu dikaunter untuk melihat passport. Uniknya, rekod passport hanya ditulis di buku (lebih kurang buku 555 la).

Perjalanan dari Airport Sukkur ke Mirpur Mathelo sejauh 125km mengambil masa selama 2 jam lebih kurang. Alhamdulillah selamat sampai di TNB Liberty Power LTD, pada jam 230 petang dan disambut oleh En Iqabal (Plant General Manager) dan En Syazwan (Senior Manager Maintenance & Engineering). Kedua-dua mereka merupakan staff TNB yang telah lebih 3 tahun bertugas di sini.

Selesai ditunjukkan rumah penginapan oleh colony manager, kemudian dibawa meninjau ke kawasan sekitar. Kawasan stesen yang luas dipagari dengan pagar simen dan berduri. Meliputi quarters untuk staff yang bertugas, kelab kilat (dewan serbaguna dan dewan makan), grocery shop, masjid, padang golf dan kemudahan yang lengkap. Makan dan minum disediakan oleh pihak pengurusan termasuk kenderaan untuk kegunaan di dalam kawasan colony.

TNB Liberty Power LTD, Mirpur Mathelo, Sindh, Pakistan

Field Services Experience

Pengalaman sebagai Job Manager di Maintenance Services Unit, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO) - tahun 2008 hingga 2013 Job ...