Kembara ke Khunjerab Pass ni dibuat pada bulan Ogos 2016 (13-19 Ogos) iaitu selama 7 hari. Memandangkan sedang bekerja di TNB Liberty Power di Sindh, maka ambil peluang untuk kembara menyusuri bumi Pakistan yang bertuah ni..😃
Kembara ni dibuat berdua bersama seorang lagi rakan setugas.
11/8/2016 (Khamis) - Malam
1. Menaiki bas ekspress (Daewoo Express) dari Daharki ke Islamabad. Perjalanan sejauh hampir 800KM mengambil masa selama 12 jam untuk sampai ke Terminal Daewoo Express Rawalpindi (Islamabad). Rawalpindi merupakan downtown city kepada Islamabad...populasi penduduk di Rawalpindi amatlah ramai berbanding Islamabad kerana golongan kebanyakan dan bawahan ramai menetap di sini berbanding Islamabad yang merupakan ibu kota yang didiami oleh kebanyakan golongan elit. Jarak antara Rawalpindi dan Islamabad hanya beberapa kilometer, boleh dikatakan dua bandar di lokasi yang sama.
12/8/2016 (Jumaat)
1. Tiba di Islamabad lebih kurang jam 1030 pagi. Lepak rumah rakan di Islamabad untuk semalam.
2. Hari ni buat persiapan bag pack yang akan dibawa.
3. Confirm dengan Car Rental Company untuk perjalanan esok. Jarak perjalanan dari Islamabad ke Khunjerab Pass dianggarkan lebih kurang 850KM....jauh tu..
13/8/2016 (Sabtu)
1. Bertolak awal pagi..lepas subuh kereta sewa bersama driver (Tariq Sardar) sampai di depan rumah kawan.
2. Target perjalanan hari ni terus sampai ke Chillas. Untuk ke bahagian utara Pakistan, ada 2 jalan samaada melalui Karakoram Highway (kawasan gunung ganang dan sungai) atau melalui Naran Valley (kawasan gunung ganang hijau dan banyak tempat melancong).
3. Plan perjalanan, on the way ke utara ambil Karakoram dan balik melalui Naran Valley.
4. Melalui Haripur sebelum sampai di Abottabad untuk sarapan pagi..pekena capati dan chai.. Abottabad ni merupakan bandar kecil yang berasal dari nama Abott iaitu seorang Officer Inggeris yang bertugas di bandar tersebut. Abad dalam bahasa Urdu ialah bandar..jadi Abottabad adalah bandar Abott.. Manakala isteri Abott adalah Mary, bertugas sebagai guru di daerah tersebut...untuk memperingati nama Mary tersebut, sebuah kawasan cantik di namakan Murree..yang kini menjadi tempat pelancongan terkenal berdekatan Islamabad (kawasan banjaran) yang bersalji apabila tiba musim sejuk..
Restoran di Abottabad
5. Selesai sarapan, perjalanan diteruskan melalui Mansehra yang merupakan bandar dimana terletak dua simpang samada untuk melalui Karakoram atau Naran Valley..
6. Makan tengah hari, berhenti di sebuah pekan kecil yang bernama Busham..kawasan dikelilingi gunung ganang yang menghijau dan menarik sekali...walaupun perjalanan yang mencabar dengan jalan yang berliku dan kurang baik serta perlahan..
7. Cantik betul view sepanjang perjalanan di Karakoram Highway ni...memukau mata dan hati..
Sungai di Busham
Perkampungan di Karakoram Highway
8. Sampai di Chillas lebih kurang 9 malam...makan malam di hotel penginapan..dan tido.. mujur hotel yang menginap ni merupakan kenalan kepada driver..
14/8/2016 (Ahad)
1. Bangun awal pagi dengan semangat untuk teruskan perjalanan..lepas sarapan (capati & chai), perjalanan diteruskan..target hari ini terus ke Hunza Valley..lebih kurang 250km..
Menginap di Hotel Panorama - Chillas
2. Sepanjang perjalanan, melalui beberapa kawasan menarik....simpang ke Fairy Meadows, kawasan tinjau Gunung Nanga Parbat...seterusnya tiba di Gilgit yang merupakan bandar besar di celah pergunungan yang mempunyai lapangan terbang.. ada penerbangan harian dari Islamabad ke Gilgit..tapi penerbangan yang berisiko kerana bergantung kepada cuaca untuk kapal terbang berleps dan mendarat..
3. Dalam perjalana seleps singgah di Gilgit, singgah lunch di sebuah kawasan air terjun..tempat tinjau puncak Gunung Rakaposhi...gunung yang masih snow cap dan glasier mencair menjadi air terjun yang cantik..
4. Sambung perjalalan, sampai di Hunza Valley sebelah petang..terus naik ke puncak bukit dimana tempat bermalam bernama Eagle Nest..terletak di atas puncak di lembah Hunza..
Permandangan Hunza Valley dari puncak Eagle Nest Hotel
Eagle Nest Hotel
Permandangan valley dari seberang sungai
Di puncak Eagle Nest
15/8/2016 (Isnin)
1. Bangun awal pagi..sarapan dan bertolak ke tempat yang dituju yang masih berbaki dalam 150km..
2. Sepanjang perjalanan dapat lihat permandangan yang amat indah dan kehebatan China membangunkan jalan raya yang menjadi penghunung antara Pakistan dan China... sebenarnya laluan yang dibina adalah kesinambungan Silk Road..namun laluan yang dibuat tidak menghilangkan kesan Silk Road yang masih boleh dilihat kerana dibuat di lereng yang bertentangan..
Dinding konkrit sebelum masuk terowong
Attabad Lake
Bersama teman dan driver yang mantap!
Permandangan Attabad dari tempat R&R
3. Singgah di Attabad Lake..air tasik yang berwarna biru..
4. Kemudian behenti di sebuah tempat yang terkenal dengan glasier yang besar iaitu Pasu..
View Pasu Valley
Kelihatan Glacier
5. Berhenti lagi sebuah pekan bernama Sost..sempat minum chai dan beli buah aprikot...
6. Perjalanan mendaki untuk sampai ke border china yang berketinggian lebih kurang 12000kaki.. akhirnya sampai ditempai yang ditujui.. walaupun ketika ini musim summer, tapi suhu masih sejuk 1-3 darjah Celcuis.....
7. Dalam perjalanan pulang, decide untuk kembali ke Hunza dan bermalam di sana kerana di sana mempunyai banyak tempat bersejarah yang belum sempat diteroka..
8. Sampai di Karimabad yang merupakan bandar utama di Hunza Valley...check in hotel..dinner makanan tempatan iaitu hunza special sup, chicken tikka, capati..
Permandangan dari ruang tinjau hotel
16/8/2016 (Selasa)
1. Hari ni masa diperuntukkan untuk explore Hunza Valley....cadang untuk bermalam ni Gilgit yang terletak 80km..boleh bertolak lewat petang..
2. Tempat menarik untuk dilawati seperti Altit Fort, Baltit Fort, Market...
Cantik view ni!
Mendaki menuju ke Baltit Fort
Laluan merentasi sebuah rumah
Meninjau keadaan di dalam Baltit Fort
Permandangan Baltit Fort - anggaran usia 1000 tahun lebih
View dari Altit Fort - kedudukan bertentangan dengan Baltit Fort
Menera Tinjau Altit Fort
3. Dalam perjalanan ke Gilgit, sempat singgah di satu pekan yang menempatkan perkuburan warga China yang terkorban dan meninggal sepanjang bertugas untuk menyiapkan jalan penghubung antara China dan Pakistan.
Tugu peringatan
4. Sampai di Gilgit lewat petang...sempat lepak di sungi utama gilgit...check in hotel yang berdekatan..
Air sungai mengalir deras dan amat sejuk
17/8/2016 (Rabu)
1. Bertolak dari Gilgit awal pagi dalam pukul 7 lebih....tak sempat bersarapan kerana kebanyakan kedai masih lagi tutup dan pihak hotel juga tidak menyediakannya..semua sepakat untuk mencari ssarapan di dalam perjalanan..
2. Lebih kurang sejam lebih perjalanan...sampai kembali ke sebuah perkampungan yang menjadi tempat tinjau puncak Nanga Parbat (dah singgah dalam perjalanan sebelum ni)...jumpa sebuah kedai untuk bersarapan capati dengan telur dadar (sarapan biasa orang pakistan)..
3. Next stop di Chillas untuk police check dan menuju ke Barbusar Top yang merupakan puncak tertinggi di perjalanan dari Chillas ke Naran Valley. Kedudukan Barbusar Top adalah 13000ft dari aras laut. Masih ada salji berbaki (snow cap) walaupun masa ni peak summer.
4. Jalan menuju ke Naran Valley ni permandangan dan suasana lebih hijau dan menyegarkan mata memandang. Sepanjang perjalanan banyak view dan tempat persinggahan yang menarik.Mengagumkan!
Permandangan sungai di checkpoint Chillas
Sampai di Barbusar Top
Saki baki salji du puncak Barbusar Top
Permandangan dari puncak
Valley yang cukup cantik dan subur untuk tanaman dan ternakan
5. Sebelah petang sampai di pekan Naran Valley. Sebelum cari hotel sempat mengalas perut dengan nasi briyani. Tak susah untuk makan kerana memang terdapat banyak gerai dan restoran yang menjual makanan terutama briyani ddan capati.
6. Apa yang best di Naran Valley? Semestinya sini merupakan tempat terletaknya tasik terkenal iaitu Saiful Muluk. Awal pagi esok akan bermula kembara ke Saifuk Muluk yang mana memerlukan kenderaan 4x4 untuk mendaki ke puncak bukit yang terletaknya tasik yang mengisahkan cerita percintaan dongeng antara seorang jejaka dan puteri.
Suasana Naran Valley
Kambing dijual di mana-mana
Permandangan waktu malam
18/8/2016 (Khamis)
1. Udara di Naran Valley cukup sejuk di bawah 10 deg C. Selepas bersaparan, check out dan menanti tour guide mencari pakej jeep yang murah dan ok. Beliau mempunyai ramai kenalan dan tidak susah untuk mencari pakej terbaik. So dapat pakej jeep return trip dalam Rs2000 (lebih kurang RM80). Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang sejam setengan dari pekan Naran.
Didalam 4x4 menuju ke Tasik Saiful Muluk
Menyeberangi laluan berbatu dan berair
Laluan ke Tasik Saiful Muluk
Akhirnya tiba di Tasik Saiful Muluk
Saiful Muluk Lake
2. Sekiranya berkunjung ke Tasik Saiful Muluk ni ada musim winter, semestinya permandangan lebih menarik dengan salji yang memutih seperti gambar-gambar yang diupload di dalam internet.
3. Di tasik ni juga ada banyak gerai jualan dan ada juga perkhidmatan bot. Namun tak ramai untuk naik bot, ramai lebih suka untuk duduk santai melihat permandangan dan bergambar je.
4. Sampai turun ke Pekan Naran dalam pkl 11 lebih...pekena sedikit air panas sebelum bergerak menuju ke destinasi seterusnya iaitu Kaghan Valley. Apa yang menarik di Kaghan ni? Ianya merupakan lembah cantik dimana terletaknya satu tempat bernama Sari dan Payie di atas puncak bukit.
Singgah di sebatang sungai kelihatan sangkar ikan Trout. Mahal ikan ni..cecah dekat RM50 sekilo
Singgah di cafe...meja atas air dalam sungai..nyaman
Permandangan ni best! Atas puncak Kaghan (Sari)
Lapang rasa laluan pokok pine...
Ada kuda di atas puncak Kaghan
5. Sampai di Kaghan Valley ni dalam pkl 4 petang...seterusnya kereta perlu mendaki untuk sampai ke hotel..kawasan ni memang istimewa memandangkan faktor jalan yang terhad, laluan untuk kenderaan awam hanya boleh sampai di ketinggian yang mana terletaknya hotel..di ketinggian separuh gunung lebih kurang.. kemudian untuk ke puncak perlu menaiki 4x4 untuk sampai ke ketinggian lebih kurang 14000ft..
6. Terdapat banyak hotel di Kaghan ni..seperti biasa, sampai baru cari...nego punya nego dapatla sebuah bilik lengkap dengan tv, air panas dan 2 katil bujang dengan harga Rs3000 (RM120)..
7. Lepas check in, terus cari jeep untuk ke puncak. Perjalanan ambil masa lebih kurang satu jam naik dan satu jam turun.. jadi sampai balik ngam2 hari gelap.. dekat puncak tu view memang lawa, rasa macam view dalam filem.. menghijau mata memandang.
8. Sebelah malam lepak santai di sebuah restoran..menjamu selera dengan beriyani dan ayam bakar ditemani oleh unggun api..berborai santai! perghhh!! Esok pagi akan pulang ke Islamabad... perjalanan hampir ke penghujung...
19/8/2016 (Jumaat)
1. Pagi ni bangun siap2...ready untuk breakfast yang disediakan oleh hotel.. apa lagi kalau bukan capati, roti dan telur dadar..
2. Memandangkan hari ni Jumaat, so plan siap2 untuk berhenti solat jumaat di Abottabad..perjalalan akan mengamil masa lebih kurang 2 jam setengah..jarak dari Kangah ke Islamabad lebih kurang 250km...dalam 5 jam drive..
3. Mula bergerak dari hotel pada jam 10am menuruni puncak...hari ni kira ast day untuk enjoy view menarik yang menghijau sepanjang perjalanan..dah sampai Islamabad nanti dan tak ada view cantik..
4. Sampai di Abottabad lebih kurang pkl 1230pm.. suasana sibuk dengan trafik jem dan orang ramai bersiap untuk solat jumaat...memandangkan trafik yang tidak lancar, kami decide untuk melalui Murree ke Islamabad.. akan melalui sebuah lagi temat menarik (banjaran) yang mana dari sana dapat melihat Kashmir! Dalam perjalanan tu juga, akan melalui perkampungan yang mana terletaknya rumah Osama bin laden yang di bom olh tentera Amerika. Menarik!
5. Di Pakistan ni solat jumaat berbeza waktu, ada masjid sembahyang pukul 1, ada yang 130pm..jadi sempat singgah sembahyang jumaat di sebuah masjid yang mula sembahyang pukul 130pm..
Abottabad - View kawasan perumahan yang dikatakan rumah Osama bin Laden yang di bom
Masjid berhenti solat jumaat
Sebuah pekan dalam perjalanan ke Murree
Bergambar berlatar belakang Kashmir
6. Sepanjang perjalanan melalui Murree tersebut, sempat berhenti di beberapa checkpoint untuk bergambar dan lunch. Akhirnya misi tamat setelah tiba di Islamabad pada sebelah petang lebih kurang jam 5pm..
7. Berehat di Islamabad untuk satu malam sebelum menaiki bas Daewoo Express untuk pulang ke site yang jaraknya 900km atau 15 jam perjalanan.
Daewoo Express - ketika berhenti di Multan
20/8/2016 (Sabtu)
1. Naik bas Daewoo Express pada sebelah malam 8pm..dijangka sampai di Daharki pada jam 10am esoknya..
Kalau ada lagi peluang, nak repeat itinerary ni lagi!